Rahsia tarikh lahir


    Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah
    kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran
    yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh
    mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor
    tunggal

    Contoh:

    12 April 1974

    12 + 4 + 1974 = 1990

    1 + 9 + 9 +0 = 19

    1 + 9 = 10

    1 + 0 = 1

    (Jadi nombor lahirnya ialah 1)



    1. Ketulenan


    Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. -
    Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik
    teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang
    terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan
    pilihan terbaik mereka.

    Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau
    lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford,
    Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach



    2. Pendamai


    Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap
    keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. -
    Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak
    suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya
    mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk
    bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

    - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk
    meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka
    tanpa berselindung.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton,
    Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.




    3. Ceria


    Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. -
    Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka
    suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. -
    Mereka sangat popular dan idealistik.

    - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill
    Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster




    4. Konsevatif


    Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu
    yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa
    yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh
    melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan
    aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk
    bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.

    - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap
    diri sendiri.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret
    Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan




    5. Perintis


    Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu
    dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka
    perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka,
    mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap
    situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah
    terhenti.

    - Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat
    semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte
    Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark
    Hamil.




    6. Romantik


    Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa
    gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan
    mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan
    menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi
    guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia
    kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

    - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak
    boleh diubahnya.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour,
    John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn




    7. Intelektual


    Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan
    mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka
    tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada
    disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap
    dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala
    bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk
    menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka
    sangat suka berahsia.

    - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar
    untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille
    Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana



    8. Penyelesaian


    Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus
    terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai
    perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. -
    Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara
    objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri
    bahawa mereka adalah ketua.

    - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan
    sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand,
    George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


    p/s : HanYa sekadar UntUk Suke3 jek...

Comments

Popular Posts