Wednesday, March 31, 2010

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”


 

Jika kamu memancing ikan……     
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……     
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……     
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN   ia semula kedalam air begitu sahaja…….     
Kerana ia akan SAKIT   oleh kerana bisanya……     
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA   selagi ia masih hidup……     

Begitulah juga……     

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN   kepada seseorang ……     
Setelah ia mulai MENYAYANGI   kamu……     
Hendaklah kamu MENJAGA   hatinya……     
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA   begitu saja……     
Kerana dia akan TERLUKA   oleh kenangan bersamamu……     
dan mungkin TIDAK   dapat MELUPAKAN   segalanya selagi dia masih mengingati kamu……     

Jika kamu MENADAH   air biarlah berpada……     
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……     
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU   sahaja……     
Kerana apabila ia mulai RETAK  ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……     
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……     

Begitulah  juga……     

Jika kamu sedang memiliki seseorang….  TERIMALAH   dia seadanya……     
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……     
Anggaplah dia manusia biasa……     
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN  …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA   danMEMBOLEHKAN   hubungan kamu akan TERUS   hingga ke akhir hayat     
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan   MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana  kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya     
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……     


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……     
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……     
Yang MENGENYANGKAN   dan BERKHASIAT  ……     
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……     
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN  ……     
Kelak, nasi itu akan BASI   sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……     
Kamu akan MENYESAL  ……     

Begitulah juga……     

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN  ……     
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……     
MENYAYANGIMU 
 ….  MENGASIHIMU  ….dan MENCINTAIMU  ….     
Mengapa kamu berlengah lagi? 
Cuba MEMBANDINGKANNYA   dengan yang lain……     
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN  ……     
Kelak, dia akan BERJAUH HATI   dan kamu akan KEHILANGANNYA   apabila dia menjadi milik orang lain……     
Kamu juga yg akan MENYESAL   dan tidak ada gunanya lagi……     

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN   kerana ia bukanlah faktor utamaKEBAHAGIAAN   yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN   orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA   sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR   dengan apa yang kita sudahMILIKI  …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA   dan terus BAHAGIA  …itu lebih BERMAKNA  !
     

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”