Tuesday, August 31, 2010

Its Fun



1. Which number should come next?
144, 121, 100, 81, 64... 
a. 19
b. 36
c. 49
d. 50

2. If you rearrange the letters "ANLDEGN"
you would have the name of a(n): 
a. Ocean
b. Country
c. City 
d. Animal

3. Assume that these two statements are true:
All red-haired men have bad tempers. Alfred is a red-haired man.
The statement Alfred has a bad temper is: 
a. True 
b. False
c. Unable to determine

4. Inept is the opposite of: 
a. Healthy 
b. Deep
c. Skillful 
d. Sad

5. Ten people can paint 60 houses in 120 days, so five people can paint 30 houses in: 
a. 15
b. 30
c. 60
d. 120

6. What number is one half of one quarter of one tenth of 800? 
a. 2
b. 8
c. 10
d. 40

7. LIVED is to DEVIL as 6323 is to: 
a. 2336
b. 6232
c. 3236
d. 3326



Lets see the IQ level you earned........ Its Fun........ 

OTAk kita

Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.

Lebih memudahkan tgk gambar rajah dibawah ini.


KALAU KITA MEMBACA WARNANYA...KITA SEDANG GUNA OTAK KANAN
KALAU KITA MEMBACA HURUFNYA....KITA SEDANG GUNA OTAK KIRI






 SaYanGi lah Otak ANDA yeh.. ^_^

Monday, August 30, 2010

Kenali usus anda

CONTOH masalah penyakit dalam sistem penghadaman.

RAMAI tidak mengendahkan kepentingan untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat hinggalah kesihatan mereka terjejas.


Seorang yang normal akan mengambil lebih kurang satu kilogram makanan sehari. Ini bermakna kita akan makan lebih kurang 365 kilogram makanan setiap tahun!


Walaupun kita memasukkan banyak makanan ke dalam usus kita, namun kita masih belum benar-benar menghargai kepentingan kesihatan sistem penghadaman.


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit sistem penghadaman menjadi punca keenam utama kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.


Kita perlu ingat bahawa keadaan sistem penghadaman seseorang akan mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan.


Ia bukan sahaja memainkan peranan penting dalam penghadaman dan penyerapan nutrien, malah turut merupakan sebahagian daripada sistem imun dan saraf. Sudah tiba masanya untuk kita mengutamakan sistem penghadaman kita!


Bagaimana usus berfungsi


Sistem penghadaman adalah penting untuk memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, dihadam dan diserap untuk memberi kita tenaga.


Makanan yang kita makan akan melalui saluran makanan (mulut, esofagus, perut, usus kecil dan besar) dengan bantuan organ "tambahan" sistem penghadaman (hati, pankreas dan pundi hempedu).


Mulut - Penghadaman akan bermula sebelum makanan memasuki mulut. Bau makanan akan merangsang air liur. Inilah sebabnya mengapa air liur akan keluar apabila anda lalu di hadapan sebuah kedai biskut. Penghasilan air liur akan bertambah apabila anda mula menggigit makanan. Air liur yang mengandungi enzim seperti amilase akan menyumbang kepada proses kimia penghadaman, iaitu proses yang memecahkan nutrien kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas, serta membantu menjadikan makanan lebih lembut dan mudah ditelan.


Esofagus - Dari mulut, makanan akan melalui esofagus, suatu tiub sepanjang 10 inci. Makanan akan ditolak ke dalam perut menerusi pergerakan peristalsis (pergerakan seakan ombak) oleh dinding esofagus yang berotot. Makanan biasanya akan mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk sampai ke perut setelah ditelan.


Perut - Anda boleh menganggap perut sebagai pusat pemproses makanan badan. Ia akan menggaul, mengisar dan melumatkan semua makanan di dalam perut. Apabila makanan digaul, perut akan menghasilkan jus gastrik, yang mengandungi asid hidroklorik, bagi membantu penghadaman. Pada kebiasaannya, makanan akan tinggal di dalam perut selama 4 jam. Persekitaran berasid perut (pH 1 hingga 2) akan membolehkan makanan menjadi cecair pekat yang boleh dihadam dan diserap dengan mudah.


Usus kecil - Dari perut, makanan akan melalui usus kecil. Jangan terpedaya dengan perkataan 'kecil' ini kerana usus kecil anda sebenarnya melebihi 6 meter panjang. Ia merupakan tempat utama bagi penyerapan nutrien.
 
Pada permukaan usus kecil terdapat struktur seakan jari yang dikenali sebagai 'vili' dan pada permukaan vili ini pula terdapat struktur yang seakan jarum. Struktur vili yang unik ini akan menambah luas permukaan usus kecil dan membolehkan penyerapan nutrien yang lebih baik.
 
Apabila dibentangkan, luas permukaan usus kecil anda adalah sebesar satu gelanggang tenis. Penyerapan bermula apabila molekul makanan menembusi vili untuk memasuki rangkaian kapilari darah.
 
Aliran darah akan membawa molekul-molekul halus ini ke bahagian-bahagian tubuh yang lain untuk menjalani penukaran kimia yang seterusnya menjadi nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk meneruskan kehidupan.


Usus besar - Tujuan utama usus besar adalah untuk menyerap sebanyak air yang boleh daripada makanan yang dimakan. Bahagian yang tidak diserap akan membentuk fesis yang terdiri daripada 75 peratus lembapan dan 25 peratus pepejal. Fesis akan disimpan di dalam bahagian terakhir usus besar yang dikenali sebagai rektum, dan akhirnya akan keluar daripada tubuh dalam bentuk tinja.


Hati - Hati menghasilkan hempedu, sejenis bahan penghadaman yang memecah lemak dan meneutralkan asid makanan. Hempedu akan dihantar ke pundi hempedu untuk disimpan.


Pundi hempedu - Fungsi utama organ ini adalah untuk menyimpan hempedu yang akan dirembes ke dalam usus kecil apabila terdapat kehadiran makanan.


Pankreas - Pankreas merembes enzim yang akan memecahkan lemak, karbohidrat dan protein secara kimia.


Walau bagaimanapun, sistem penghadaman tidak mampu melaksanakan semua tugas-tugas ini dengan sendiri. Sebagai contoh, tidak semua makanan yang kita makan boleh dihadam. Untuk tujuan ini, tubuh memerlukan bantuan tambahan - ia memerlukan bakteria. Ya, memang betul, bakteria.


Koloni


Percaya atau tidak, terdapat bertrilion bakteria yang sedang tinggal dalam sistem penghadaman anda. Bakteria yang turut dikenali sebagai mikroflora usus ini akan menyokong kesihatan usus dengan membantu sistem penghadaman.


Sesetengah kesan bermanfaat mikroflora usus adalah untuk membantu proses penghadaman dengan menghasilkan enzim penghadaman dan merangsang penghasilan sel-sel imun pada lapisan dinding usus.


Otak dan jantung sering dilabel sebagai organ 'penting' di dalam tubuh. Namun demikian, kita tidak boleh terus hidup tanpa sistem penghadaman kita.


Tambahan lagi, tanpa sistem penghadaman, kita akan ketinggalan satu daripada keseronokan utama dalam kehidupan - makanan!


Bayangkan hidup tanpa rasa stik yang digril atau brownie yang suam dan lembap.


Oleh itu, anda digalak untuk lebih menghargai kesihatan penghadaman, bukan sahaja dari segi pencegahan penyakit tetapi untuk mempertingkatkan keseronokan dalam kehidupan, seperti memakan semua makanan lazat yang dimasak oleh ibu atau ayah, isteri atau suami, mahupun teman wanita atau teman lelaki!

Datuk Dr. Muhammad Radzi Hassan merupakan mantan Presiden Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia.

Artikel ini merupakan sumbangan Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia serta disokong oleh geran pendidikan daripada Program Perut Sihat VITAGEN.

Kata-kata SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA: 
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu: 
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; 
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; 
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; 
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna 

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA: 
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya 
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina 
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya 
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga 

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA: 
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: 
1. Hatinya selalu berniat suci 
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah 
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) 
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah 
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. 

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu' 
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia 
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya 
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' 
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi 
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki 
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan 
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

Saturday, August 28, 2010

Kursus Kahwin-Syokkk (03)


Last part Ni.. 
Okeyh mcm mane dgn vedio seblm nih???? Letih x ketawa... ;) 
Best kan Ustaz ni bg ceramah.. Xrase membosakan.. 
Bagaimana pendapat anda pulak ye??
Share with me

Part 7




Part 8





Part 9

Kursus Kahwin-Syokkk (02)

Ni sambungan nyer lagi .. ;)
Layan.. jgn xlayan k

Part 4

Part 5





Part 6


Sumber dr : youtube

Kursus Kahwin-Syokkk!

Jom Dgr Ceramah yang diberi amat best n amat bagus.. 
Rugi klu xtgk smpai habis.. :)
Bgai sesape yg belom kahwin mesti tegelak skan..
ade 9 part . wait n see ;)

Part 1.




Part2




Part 3


Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya

Malam Ni tetibe nak becerita tentang Kanser Payudara ini.. Bagi Kaum Hawa jgn amik mudah terhadap penyakit ini. Jika anda meraskan ada pebuhan atau sakit dibahgaian payudara, cepat2 la buat cek up yehh..
Sungguh menakut kan klu kita termasuk dlm penyakit ini. 

Bagi kaum Adam, kanser payudara ini pon bleh terjad pada diri anda. So berhati-hati la yeh.. :)

Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya
  • Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
  • Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  • Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
     
  • Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.
    Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
  • Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.

Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.
Anggaran oleh  Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan  secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.

Untuk WaniTa

1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.
2. Terlalu lama duduk - Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur
3. Terlalu lama berjalan - Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya
4. Terlalu lama melihat - Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan
5. Terlalu banyak tidur - Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira - Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
7. Terlalu kerap marah - Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8.  Terlalu banayk berfikir - Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur   
      kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih - Merosakkan jantung.
10. Terlalu merana - Merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut - Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan
       lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut - Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerapdialami. Haid menjadi tidak
       menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
13. Terlalu banyak makan - Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
     Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas  
     kesihatan dan kebersihan liang vagina).
14. Terlalu minum minuman berais - Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. 
       Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang - Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan
     berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan
     aktiviti hidup yang positif.

Ketawa PenGubaT Duka



1. SALAH PESAWAT
Di lapangan terbang di Bandaraya New York... Ada sebuah pesawat yg hdk blps tlh mngalami kerosakan enjin. Semua penumpang dikehendaki menukar pesawat... 

Setelah berada di dalam pesawat baru... Kaptennya m'buat pengumuman... "Kami mohon maaf atas masalah yg anda alami ketika ini.. Penerbangan ini menuju ke London dan jika anda bukan ke London sebaiknya anda turun dari pesawat ini sekarang juga."

Tiba-tiba 'pilot' keluar dari kokpit dengan muka merah dan kebingungan sambil berkata, "Maaf... Saya salah pesawat"..

2. SI CANTIK & BUKU TELEFONSeorang gadis cantik menghampiri meja pengawas perpustakaan di Sebuah Perpustakaan Umum. "Minggu lepas saya meminjam sebuha buku, tapi itu adalah buku yang paling membosankan dalam banyak buku yang pernah saya baca sebelum ini. Tidak ada cerita sama sekali... juga terlalu banyak watak di dalamnya.. pelik sungguh!"

Pengawas perpustakaan menyahut... "Oh, pasti andalah orangnya yang telah mengambil buku telefon kami."

3. PROFESOR PELUPA & NYANYUK
Seorang profesor yang pelupa dan nyanyuk pulang lambat. Ketika hendak membuka pintu, dia sedar dia tidak membawa kunci rumah. Dia mengetuk pintu rumahnya hingga isterinya terbangun dan membuka pintu. Kerana kegelapan, si isteri tidak dapat mengenali profesor itu adalah suaminya. Lalu si isteri berkata, "Maaf Encik... Profesor belum balik... Dia tidak ada di rumah." Profesor pelupa itu menjawab, "Oh!... takpe lah, kalau begitu saya akan datang semula esok. Terima kasih puan!"

4. AMBIL KESEMPATANJoyah mempunyai 3 orang anak yang hiperaktif. Suatu pagi dia bermain "Polis dan Penjahat" bersama anak-anaknya. Seorang anaknya menembak Joyah dan berteriak, "Bang! mama mati."

Joyah terhempas ke tanah dan dia tidak segera bangun. Seorang jirannya yang kebetulan melihat kejadian itu segera berlari mendekati Joyah untuk melihat apakah dia mengalami kecederaan ketika jatuh tadi. Ketika jirannya membongkokkan badannya, Joyah yang keletihan ini membuka salah satu matanya dan berkata,

"Shhh. Saya tak apa-apa... Tidak usah pedulikan saya. Ini satu-satunya kesempatan saya untuk beristirahat sejenak sepanjang hari ini."

Friday, August 27, 2010

Petua 1



1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. 

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a. 

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). 
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ). 

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Wednesday, August 25, 2010

Lailatul Qadar

from CINA ISLAM (林川興) 

15 Ramadhan 1431 H
Oleh: Syaikh

RENUNGAN KE - 23

Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

“Hamim, demi kitab (Al-Qur'an) yang menjelaskan, sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan Kamilah yang memberi peringatan, pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul, sebagai rahmat dari Rabbmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Ad-Dukhan: 1-6). 

Al-Qur’anul Karim diturunkan Allah pada suatu malam yang penuh berkah sebagaimana Allah menjelaskannya dalam ayat di atas. Orang-orang Salaf seperti Ibnu Abbas, Qatadah, Said bin Zuber, Ikrimah, Mujahid dan yang lainnya meriwayatkan bahwa yang dimaksud dengan malam yang penuh berkah itu ialah lailatul qadar,

“fiha yufraqu kullu amrin hakim” (pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah) maksudnya pada malam itu semua perkara yang berhubungan dengan kehidupan makhluk seperti hidup, mati, selamat, celaka, untung, rugi, kemarau, kelaparan, dan yang lainnya telah Allah tentukan pada malam itu untuk sepanjang tahunnya.

Dan yang dimaksud dengan ditulis semua takdir pada malam lailatul qadar ialah –wallahu a’lam– dipindahkannya dari Lauhil Mahfuzh Ibnu Abbas berkata, “Sesungguhnya seseorang diperlihatkan sedang menghamparkan permadani, bercocok tanam, padahal ia berada di ambang pintu kematian.” Yakni Allah mencatatnya hal tersebut pada malam lailatul qadar.

Dan menurut pendapat lain tentang segala perkara yang berhubungan dengan makhluk itu ialah Allah menjelaskannya pada malam itu kepada para malaikat. Allah Ta’ala berfirman secara khusus dalam surat Al-Qadr mengenai malam yang agung ini,

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5).

Allah menamainya Lailatul Qadar dikarenakan besar kemuliaannya, agung kedudukannya di sisi Allah Ta’ala dan pada malam tersebut diampuni semua dosa serta ditutupi dari segala ‘aib, maka jadilah malam itu malam pengampunan, sebagai-mana dikatakan dalam Shahihain dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam bersabda,

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

“Siapa yang shalat malam pada lailatul qadar karena iman dan mengharap (pahala) Allah, niscaya akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Dan menurut pendapat lain dinamai Lailatul Qadar karena segala urusan qadha dan qadar makhluk ditentukan dan dicatat pada malam tersebut.

Al-Khalil bin Ahmad berkata, “Dinamai lailatul qadar karena bumi malam itu menjadi sempit dengan turunnya para malaikat,” dan ia berkata Al-Qadar salah satu maknanya ialah membatasi, sebagaimana firman-Nya,

“Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezkinya maka dia berkata, ‘Tuhanku menghinakanku.” (Al-Fajr: 16).

Allah Ta’ala berfirman “wama adraka maa lailatul qadr” (tahukah kamu apa malam Lailatul Qadar itu) ini sebagai penghormatan kepada Lailatul Qadar dan sebagai penjelasaan akan agungnya malam tersebut.

“Lailatul qadri khairun min alfi syahrin” (Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan) yakni lebih baik dari 83 tahun 4 bulan –sebagaimana telah dijelaskan– dan ini merupakan sebuah karunia yang sangat besar tidak ada yang mengetahui kadarnya selain Rabbul Alamin.

Mencari Lailatul Qadar

Mencari Lailatul Qadar disunnahkan pada bulan Ramadhan terutama pada sepuluh hari terakhir pada malam yang ganjil yaitu malam 21, 23, 25, 27, dan malam 29. Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam bersabda,

الْتَمِسُوْهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ فِي الْوِتْرِ.

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh hari terakhir pada (malam) ganjil” (HR. Al-Bukhari Muslim).

Dan dalam hadits Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam bersabda,

الْتَمِسُوْهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي تَاسِعَةٍ تَبْقَى فِي سَابِعَةٍ تَبْقَى فِي خَامِسَةٍ تَبْقَى.

“Carilah dia pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, Lailatul Qadar (sangat mungkin) ada pada malam kesembilan, malam ketujuh, dan malam kelima.” (HR. Al-Bukhari).

Dengan demikian keberadaan malam Lailatul Qadar di malam ganjil lebih sangat memungkinkan. Dan dalam Shahih Al-Bukhari, Ubadah bin Shamit berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam keluar untuk menginformasikan (turunnya) Lailatul Qadar, tiba-tiba dua orang laki-laki muslim bertengkar, maka beliau berkata,

خَرَجْتُ لِأُخْبِرَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ فَتَلَاحَى فُلَانٌ وَفُلَانٌ فَرُفِعَتْ وَعَسَى أَنْ يَكُونَ خَيْرًا لَكُمْ فَالْتَمِسُوْهَا فِي التَّاسِعَةِ وَالسَّابِعَةِ وَالْخَامِسَةِ.

‘Aku keluar karena ingin memberitahu kalian (turunnya) Lailatul Qadar, tapi tiba-tiba aku mendapatkan si fulan dan si fulan bertengkar, maka hal itu diangkat lagi (lupa) tetapi mudah-mudahan ada hikmah bagi kalian, maka carilah pada malam sembilan, tujuh, dan lima (dari sepuluh hari terakhir).” (HR. Al-Bukhari).

Hadits tersebut menunjukkan kesudahan yang jelek akibat pertengkaran dan berbantah-bantahan terutama dalam masalah agama, dan menyebabkan diangkatnya kembali kebaikan Allah.

Lailatul Qadar pada malam tujuh hari terakhir itu sangat memungkinkan, dikatakan dalam hadits Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma: “Sesungguhnya beberapa sahabat Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam bermimpi melihat Lailatul Qadar pada tujuh hari terakhir”, Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam berkata,

أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ.

“Aku melihat mimpi kalian telah sepakat bahwa (Lailatul Qadar) jatuh pada malam ketujuh hari terakhir.” (HR. Al-Bukhari).

Dalam hadits lain dikatakan,

لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ.

“Lailatul Qadar (jatuh) pada malam kedua puluh tujuh”. (HR. Ahmad dan Abu Daud).

Dan inilah pendapat kebanyakan para sahabat dan para ulama, sehingga Uba’i bin Ka’ab radhiallahu ‘anhu sempat bersumpah bahwa Lailatul Qadar itu jatuh pada malam kedua puluh tujuh dan begitu juga Ibnu Abbas punya pendapat yang sama dengan Uba’i bin Ka’ab radhiallahu ‘anhu dan beliau beristimbat dari berbagai sisi yaitu:

Umar radhiallahu ‘anhu mengumpulkan para sahabatnya termasuk Ibnu Abbas –pada waktu itu beliau masih kecil– mereka bertanya, “Kenapa anda kumpulkan dia bersama kami, dia kan masih kanak-kanak?” Jawab Umar,

“Dia adalah anak muda yang memiliki hati yang bersih dan otak yang cerdas serta memiliki lisan yang senantiasa ingin tahu.” Kemudian Umar bertanya kepada para sahabat tentang Lailatul Qadar, maka mereka sepakat bahwa malam tersebut jatuh pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, lalu Umar bertanya kepada Ibnu Abbas dan ia menjawab, “Pada malam kedua puluh tujuh.” “Kenapa?” Umar bertanya lagi.

Jawabnya, “Karena Allah menciptakan langit tujuh begitu juga bumi, Allah menjadikan hari ada tujuh, menciptakan manusia dari tujuh unsur, tawaf tujuh kali, sa’i tujuh kali, begitu juga melempar jumrah tujuh kali.”

Istimbat lain yang dapat memperkuat pendapat Lailatul Qadar jatuh pada malam kedua puluh tujuh adalah kalimat fiha dari firman-Nya “Tanazzalul malaikatu warruhu fiha” yaitu kalimat yang kedua puluh tujuh dari surat Al-Qadr.

Ada sebagian para ulama berargumentasi dengan cara matematika, Lailatul Qadar itu ada sembilan huruf dan Allah Ta’ala menyebutnya dalam surat Al-Qadar tiga kali, jadi 9 X 3 = 27 (dua puluh tujuh).

Dalil ini bukan dalil syar’i kita tidak terlalu butuh dengan dalil perhitungan seperti ini, sebenarnya sudah cukup bagi kita dengan dalil syar’i.

Dalil lain yang dapat memperkuat pendapat ini adalah mimpi beliau shallallahu ‘alaihui wasallam pada malam tersebut, dan pada pagi harinya beliau diperlihatkan sujud dalam keadaan basah dengan air campur tanah. Tetapi jatuhnya

Lailatul Qadar pada malam dua puluh tujuh itu dilihat dari sisi keseringannya –wallahu a’lam– bukan selamanya, bisa jadi pada suatu saat jatuh pada malam kedua puluh satu, sebagaimana dalam hadits Abu Sa’id yang telah disebutkan di muka, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam sujud di waktu Subuh hari kedua puluh satu dalam keadaan basah dengan air campur tanah.

Hal lain yang ada kaitannya dengan Lailatul Qadar adalah disunnahkan untuk memperbanyak doa, terutama doa yang telah diajarkan kepada Aisyah radhiallahu ‘anha ketika dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang harus aku katakan kalau aku menda-patkan Lailatul Qadar? Beliau menjawab, ‘Katakanlah:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي.

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai pengampunan, maka ampunilah aku.” (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Tanda-Tanda Lailatul Qadar

Pertama: Hadits Uba’i bin Ka’ab radhiallahu ‘anhu: “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam mengkhabarkan bahwa dari tanda-tanda Lailatul Qadar apabila matahari terbit di pagi harinya tidak bersinar.” (HR. Muslim).

Kedua: Hadits Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam bersabda,

لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةٌ طَلْقَةٌ لاَ حَارَةَ وَلاَ بَارِدَةَ تُصْبِحُ الشَّمْسُ يَوْمَهَا حَمْرَاءَ ضَعِيْفَةً.

“Lailatul Qadar adalah malam yang cerah, tidak terasa panas dan tidak juga dingin, matahari di siang harinya kemerah-merahan dan tidak panas.” (HR. Ibnu Majah, At-Thayalisi, sanadnya shahih).

لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةٌ بَلْجَةٌ لاَ حَارَةَ وَلاَ بَارِدَةَ، لاَ يُرْمَى فِيْهَا بِنَجْمٍ.

“Lailatul Qadar adalah malam yang cerah, tidak terasa panas dan tidak juga dingin, dan malam itu gugusan bintang tidak digunakan untuk melempar (syetan).” (HR. At-Thabrani dan Ahmad, dengan sanad hasan).

Demikianlah tiga hadits yang dapat menjelaskan tanda-tanda turunnya Lailatul Qadar, dan masih ada lagi hadits lain dengan sanad yang shahih diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Ubadah bin Shamit radhiallahu ‘anhu, kendatipun masih dikhawatirkan ke-munqhati’-annya (terputus sanadnya) akan tetapi ada syahid dan diperkuat oleh hadits-hadits yang telah disebutkan tadi, hadits tersebut adalah,

أَنَّهَا لَيْلَةٌ صَافِيَةٌ بَلْجَةٌ كَأَنَّ فِيهَا قَمَرًا سَاطِعًا وَهِيَ لَيْلَةٌ سَاكِنَةٌ سَاجِيَةٌ لَا بَرْدَ فِيهَا وَلَا حَرَّ وَلَا يَحِلُّ لِكَوْكَبٍ أَنْ يُرْمَى بِهِ فِيهَا والشَّمْسُ صَبِيحَتَهَا تَخْرُجُ مُسْتَوِيَةً لَيْسَ لَهَا شُعَاعٌ مِثْلَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ وَلَا يَحِلُّ لِلشَّيْطَانِ أَنْ يَخْرُجَ مَعَهَا يَوْمَئِذٍ.

“Sesungguhnya pada malam itu malam kelihatan cerah, terang, seakan-akan disinari dengan bulan, dialah malam yang tenang, cerah tidak ada awan, tidak terasa panas dan tidak juga dingin, dan gugusan bintang tidak digunakan untuk melempar (syetan), matahari terbit di pagi harinya sederhana tidak memiliki sinar yang kuat, laksana bulan purnama, dan syetan pun pada pagi hari itu tidak ada kesempatan untuk keluar bersama matahari.” (HR. Ahmad).

Hadits tersebut –sebagaimana disebutkan tadi– dikhawatirkan hadits munqhati’, dikarenakan Khalid bin Ma’dan tidak mendengar dari Ubadah bin Shamit, meskipun demikian tidak apa-apa karena ada syahid lain.

Sebagian para ulama menyebutkan tanda-tanda lain yang sama sekali tidak ada sumbernya, saya sebutkan di sini hanya sebagai penjelasan akan ketidakshahihannya tanda-tanda tersebut.

Ath-Thabari menyebutkan perkataan suatu kaum, “Tanda-tandanya adalah pohon-pohon pada merunduk hingga ketanah kemudian kembali lagi pada asalnya”, tanda ini tidak benar.

Sebagiannya lagi berkata, “Pada malam itu rasa air berubah yang tadinya asin menjadi manis”, ini juga tidak benar. Sebagiannya lagi berkata, “Pada malam itu ada cahaya di setiap tempat sehingga di tempat yang sangat gelap dan terdengar dari tempat tersebut ucapan salam”,

ini juga tidak benar kecuali apabila khusus ditunjukkan kepada sebagian orang yang Allah telah memilih mereka untuk mendapatkan cahaya dan salam dari para malaikat sebagai karomah, adapun ditunjukkan untuk umum, maka itu tidak benar karena bertentangan dengan syar’i, perasaan, dan kenyataan di lapangan.

Terakhir saya akhiri pembicaraan mengenai Lailatul Qadar ini dengan dua hal sebagai berikut:

Pertama: Seyogyanya orang yang mendapatkan Lailatul Qadar tidak memberitahu orang lain bahwa dirinya telah mendapatkannya, karena yang perlu diperhatikan adalah kesungguh-sungguhan dan keikhlasan baik ia mengetahuinya atau tidak, bisa jadi orang yang tidak mendapatkannya tetapi mereka sempat mencarinya dengan sungguh-sungguh, khusu’, berdoa, menangis dalam beribadah,

lebih baik di sisi Allah serta lebih besar pahala dan derajatnya daripada orang yang mengetahuinya.

Kedua: Menurut pendapat yang kuat, bahwa Lailatul Qadar tidak dikhususkan untuk umat tertentu, tetapi untuk semua umat, yang telah lalu dan yang sekarang. Imam An-Nasa’i meriwayatkan dari Abu Dzar radhiallahu ‘anhu: “Dia bertanya, ‘Ya Rasulullah, apakah Lailatul Qadar itu hanya pada zaman para nabi saja, bila mereka meninggal selesailah malam tersebut?’ Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam menjawab,

كَلاَّ، بَلْ هِيَ بَاقِيَةٌ.

“Tidak, bahkan Lailatul Qadar akan terus turun.” (HR. An-Nasa’i).

Hadits tersebut lebih shahih daripada hadits yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya “Al-Muwattha” –sebagaimana yang telah disebutkan– bahwa telah diperlihatkan kepada Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam usia semua umatnya, seakan-akan ia meng-anggapnya sangat pendek, maka diberilah Lailatul Qadar di mana dia lebih baik dari seribu bulan.

Karena hadits tersebut shahih maka hadits itu membutuhkan ta’wil. Adapun hadits Abu Dzar itu tampak jelas bahwa Lailatul Qadar telah terjadi bersama para nabi, hal itu diperkuat oleh firman Allah, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam Lailatul Qadar.” (Al-Qadar: 1).

Tidak dipungkiri bahwa Al-Qur’an pada hari diturunkannya membawa misi kenabian atas Muhammad shallallahu ‘alaihui wasallam padahal sebelumnya beliau bukan nabi sehingga malam tersebut menjadi malam lailatul qadar baginya.