Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya

Malam Ni tetibe nak becerita tentang Kanser Payudara ini.. Bagi Kaum Hawa jgn amik mudah terhadap penyakit ini. Jika anda meraskan ada pebuhan atau sakit dibahgaian payudara, cepat2 la buat cek up yehh..
Sungguh menakut kan klu kita termasuk dlm penyakit ini. 

Bagi kaum Adam, kanser payudara ini pon bleh terjad pada diri anda. So berhati-hati la yeh.. :)

Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya
  • Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
  • Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  • Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
     
  • Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.
    Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
  • Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.

Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.
Anggaran oleh  Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan  secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.

Comments

jusdelima said…
SLM.INGIN MCUBA JUS DELIMA POMEPURE YG 100% ASLI.HUBUNGI 0199311274 AZIZ http://jusdelima83.blogspot.com.10 MAKANAN TBAIK DUNIA-amat baik untuk pesakit kanser

"Delima hindar kanser payu dara''
JUS buah delima mungkin menjadi penting pada masa akan datang kerana ia sebenarnya boleh digunakan dalam rawatan barah payu dara responsif estrogen. Kajian makmal perubatan banyak menunjukkan hasil positif apabila menggunakan buah yang kaya dengan antioksida itu.

Lebih daripada 75 peratus kes barah payu dara dirawat dengan estrogen dan terdapat 400,000 wanita di seluruh dunia meninggal dunia akibat barah ini.

Kajian yang dibuat di Universiti Ohio State menumpukan manfaat jus delima untuk menentang kanser payu dara.


Mereka mendapati jus delima mengandungi kandungan kimia yang dinamakan asid ellagik, yang mampu melambat malah mengekang pertumbuhan sel barah dalam tisu payu dara.

Selain tinggi nilai antioksida, delima juga bagus untuk jantung. Satu lagi kajian di Pusat Penyelidikan Pencegahan Barah di Amerika Syarikat sedang meneliti kesan kandungan delima terhadap barah payu dara dan aromatase, iaitu enzim yang memainkan peranan penting dalam penghasilan estrogen dan juga menggalakkan pertumbuhan barah payu dara.

Popular Posts