Thursday, September 19, 2013

Cara Untuk Menanam Uri Bayi



AMALAN BAPA WAKTU TANAM URI

1)    PASTIKAN URI DIBASUH BERSIH DAN SELAWAT 3x.
2)    BASUH URI DENGAN UCAPAN SUBHANALLAH.
3)    PERSEDIAAN URI SEBELUM DITANAM:
a.     KAIN PUTIH
b.     DUIT 1 SEN
c.      PAKU & JARUM (AGAR TIDAK DIGANGGU SYAITAN)
d.     ASAM GELUGOR
e.     GARAM
f.       GULA (LEBIH SEDIKIT)
4)    WUDHU’ JANGAN BATAL – KELAK ANAK KURANG AJAR.
5)    PAKAIAN SERBA PUTIH DAN BARU.
6)    APABILA KOREK LUBANG, BERI SALAM :
“ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHIWABARAKATUH YA NABI ALLAH THOB. IZINKANLAH AKU MENUMPANG TANAM URI ANAKKU ……………. (SEBUT NAMA ANAK SIPOLAN BIN/BTE SIPOLAN)”
7)    TERTIB SEWAKTU MENANAM URI:
a.     AZAN 3x
b.     BACA SURAH AL-FATIHAH 3x
c.      BACA SURAH AL-IKHLAS 3x
d.     BACA SURAH AL-FALAQ 3x
e.     BACA SURAH AN-NAS 3x
8)    TIMBUS TANAH SAMBIL BACA SUBHANALLAH SEHINGGA SELESAI.
9)    APABILA TANAH TIMBUS TELAH RATA, ULANGI AZAN SEBANYAK 3x.

10)  SELEPAS AZAN, BERI SALAM PADA ANAK DAN ULANGI 7 PERINGATAN SEPERTI YANG DIAMALKAN OLEH IBU MENGANDUNG:
a.     JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU MENDERHAKA KEPADA ALLAH SWT.
b.     JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU MENDERHAKA KEPADA NABIMU.
c.      JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPAMU.
d.     JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU MENDERHAKA KEPADA GURU-GURUMU.
e.     JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU MENDERHAKA KEPADA ADIK BERADIK DAN AHLI KELUARGAMU.
f.       JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU MENDERHAKA KEPADA KAUM MUSLIMIN MUSLIMAT PEREMPUAN DAN LELAKI.
g.       JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU MENCONTENG ARANG KE MUKA KEDUA IBU BAPAMU.


PERINGATAN:
-          PEREMPUAN & LELAKI – TANAM DEPAN RUMAH DIBAWAH POKOK
-          TANAM DI WAKTU PAGI SEWAKTU MATAHARI NAK ISYRAK (7.10AM)

-          JANGAN TANAM TERLALU DALAM.
Post a Comment