Sunday, March 29, 2009

WaNita @ PerempuaN



Perempuan juga hendaklah memelihara penglihatan mata. Tunjukkan sikap sopanmu pada pandangan matamu, juga pelihara lidahmu. orang-orang yang beriman tidaklah dikendalikan oleh syahwat nafsunya. Jika sekiranya berbahaya pandangan laki-laki, nescaya sepuluh kali lebih berbahaya lagi ditikam sudut mata perempuan.
Selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, dan ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan kamu kecuali yang nyata saja, cincin dijari muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Memelihara peribadi mulia, menjaga aurah, memang payah apatah lagi bagi yang tenggelam kepada kepada pergaulan moden, pergaulan yang amat bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram inilah penyakit yang sukar disembuhkan hingga hancur peribadi dan hilang kendali atau harga diri, maka jadilah orang yang kotor dipenuhi dengan daki-daki dunia. pintu² buat menggangu syahwat dibuka selebar-lebarnya. Pakaian terlepas dari kendali agama, lalu masuk ke dalam kekuasaan dictator dari barat. Kaum wanita di bawah cengkaman budaya barat yang merosakkan akhlak.
Berhias tidak dilarang bagi wanita, wanita juga punyai instinct atau naluri, ingin kelihatan cantik, cuma ada batasanya. Seperti berhias cantik hanya untuk suami jangan menjalar kepada orang lain. Keindahan dan kesenian yang timbul dari kehalusan perikemanusiaan bukan dari kehendak kehewanan yang ada dalam diri manusia itu.
Keindahan bukan untuk mempertontonkan diri dan bertelanjang atau menggiurkan seakan akan sikap dan isyarat “touch me”. Juga jangan dihentakkan kaki ke tanah agar jangan diketahui oleh orang perhiasan yang disembunyinya.
Sebagaimana ayat diatas dibawah.(surah Annur ayat 31 yang akhir)

“Dan taubatlah kamu sekaliannya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman,

agar kamu beroleh kejayaan.”
Disuruh bertaubat, kerana selama lelaki masih lelaki dan perempuan masih perempuan, selama burung didalam dan binatang dihutan masih berkelamin jantan/betina, selama itu pulalah manusia tidak akan terlepas dari rayuannya. Jaranglah hati lelaki yang tidak tergetar melihat perempuan cantik dan jaranglah perempuan yang tidak terpesona melihat lelaki gagah, tampan, perkasa itu tidak dapat dimatikan serta tidak dapat dipisahkan dari hidup. Tetapi Islam menyuruh menjaganya baik-baik dan mengaturkan supaya dituntun oleh iman, membatasi diri, menjaga mata, menahan hati dan kehormatan diri.
Seorang isteri melihat kebahagiaan sebagai matlamat unggul dalam kehidupan berkeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seseorang suami. Dengan perkataan lain isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah itu ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya. Allah berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang rmaksudnya: "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan- Nya."(Surah an-Nisaa' ayat 34).

Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai isteri-isteri yang tidak lagi menghormati suami mereka bahkan cuba untuk berdiri sama tinggi dengan si suami. Akibatnya kerukunan rumah tangga terancam. Kes isteri yang meminta cerai daripada si suami bukan lagi perkara luar biasa. Pendek kata keharmonian rumah tangga semakin lama semakin goyah. Kasih sayang antara satu sama lain semakin tipis. Seharusnya seorang isteri mahupun suami harus sedar kedudukan dan tugas sebenar masing-masing dalam rumah tangga. Kenapa isteri ataupun suami gagal menjadikan pasangan mereka sangat mencintai diri mereka adalah persoalan yang mesti dijawab oleh empunya diri masing-masing. Mudah-mudahan jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan rumah tangga pada hari ini dapat dijawab.
(Sumber: Himpunan Hadis-hadis Sahih/ Sahih al-Jami’ as-Saghir 3299, Silsilatul-Ahadith as-Sahihati 1838)

Saturday, March 28, 2009

Kenapa Kita Mesti Menutup AuRat??

Ramai juga yang mempersoalkan, apa perlunya menutup aurat? Tambahan pula keadaan sekeliling yang agak panas, rimas dan sebagainya. Timbul lagi persoalan, kalau nak tutup aurat, tutuplah sendiri, kenapa perlu memaksa orang lain pula untuk menutup aurat? Di dalam artikel kali ini, insya Allah sedikit sebanyak artikel yang ditulis oleh “seorang lelaki” untuk kegunaan kaum wanita.

Pertama : Aurat itu menjijikkan mata

Ya, memang benar aurat itu menjijikkan pandangan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Apatah lagi seorang lelaki yang berada di sebuah pasar, dan tiada seorang wanita pun yang sempurna auratnya ditutup di pasar tersebut. Bukankah ia menyusahkan lelaki tersebut untuk tidak melihat kepada anggota-anggota yang jijik tersebut? Apabila dipalingkan ke kiri, ternampak pula perempuan yang berada di kirinya.

Hendak tundukkan melihat lantai, wanita di di hadapan memakai skirt pula. Sangat menyusahkan orang! Ke mana lagi hendak dilihat? Hendak dipejamkan mata? Sudah berhempas pulas sang lelaki mengalih pandangannya ke sana sini, tetapi wanita-wanita yang tidak sempurna auratnya ditutup masih buat-buat tidak faham. Difikirkan auratnya yang menjijikkan itu menarik, tetapi meloyakan! Bahkan menggelikan!

Kedua : Aurat itu perlu di sembunyikan

Selain itu, aurat adalah anggota yang perlu disembunyikan, kerana ia adalah maruah. Sekiranya semua wanita memikirkan maruahnya, sudah pasti semua wanita di dunia ini menutup aurat mereka. Apa yang terjadi, mereka yang mendedahkan aurat ini telah menjaja maruah mereka untuk diperagakan di hadapan lelaki-lelaki. Mungkin hendak menarik perhatian lelaki-lelaki, tetapi, kenapa perlu menarik perhatian lelaki? Tiada sebab bukan?

Cukup sekadar aurat mereka dilihat, sudah menjatuhkan maruahnya! Tidak perlu menanti dizinai untuk dikatakan sebagai jatuh maruah. Tidak malukah apabila anggota sulit kita dilihat orang? Adakah anggota sulit hanya diukur dengan kemaluan sahaja? Tidak! Semua anggota yang dikatakan aurat dikatakan sulit. Mana mungkin sebuah kerajaan dengan sengaja mendedahkan rahsia sulit mereka kepada kerajaan yang lain.

Ketiga : Aurat itu pintu kepada zina!

Dengan menjaja aurat dan maruah di pasar-pasar, dan jalanan, ia boleh membawa kepada zina. Begitu juga rogol. Adakah rogol itu hanya disalahkan kepada lelaki sahaja? Kaum wanita adalah kaum paling kejam sekali apabila mereka mendedahkan aurat mereka untuk dihidangkan kepada kaum lelaki, tetapi apabila dirogol, kaum lelaki juga yang dikenakan hukuman. Timbul juga persoalan, “perempuan bertudung pun kena juga”.

Biasanya yang lontarkan soalan ini adalah orang yang tidak bertudung! Sengaja mencari alasan untuk menghalalkan aurat mereka. Hakikatnya sekiranya mereka mengetahui perempuan bertudung pun turut menjadi mangsa, sepatutnya mereka lebih memakai tudung. Perempuan bertudung pun kena, apatah lagi tidak.

Mungkin boleh dilihat dari pelbagai aspek. Aurat bukan hanya dengan bertudung. Sekiranya tudung dipakai hanya separas atas dada, kemudian mengenakan baju dan seluar ketat, sama sahaja. Itu juga masih dikatakan membuka aurat. Takkanlah menutup aurat sebahagian, dan sebahagian lagi dibuka? Sama sahaja, aurat juga.

Di dalam aspek lain, ingatlah, sekiranya perempuan yang menutup aurat pun menjadi mangsa, maka perhatikanlah. Mereka menjadi mangsa disebabkan perempuan-perempuan lain yang tidak menutup aurat. Perempuan lain yang sengaja mendedahkan aurat mereka menyebabkan perempuan yang suci menjadi mangsa. Lihatlah betapa besarnya dosa tidak menutup aurat, orang lain menjadi mangsa disebabkan kita!

Kesimpulan

Ya, tidak dinafikan, mereka yang merogol orang, yang bermata keranjang dan sebagainya boleh dipersalahkan. Tetapi, apakah punca mereka menjadi seperti itu? Adakah semua kesalahan dan dosa tersebut hanya dipikul oleh mereka? Tidak. Perempuan yang mendedahkan aurat lebih dahulu menanggung dosa kerana menjadikan golongan lelaki seperti itu. Berhati-hatilah dengan aurat anda. Ia akan membunuh anda sekiranya tidak dijaga!

Saya yakin, ramai wanita yang mendedahkan aurat benci dengan artikel ini, bahkan melabelkan artikel ini sebagai jumud, mengongkong dan sebagainya. Tetapi ingatlah, ia ditulis oleh seorang lelaki yang tiada sebarang kepentingan terhadap diri anda!

Sekiranya ada yang mengatakan bahawa “kenapa perlu sibuk tepi kain orang?” Saya menjawab “orang gila pun akan tegur orang yang berseluar koyak”. Bolehkan orang yang berseluar koyak itu menjawab “ini seluar aku, aku punya pasallah!” Lihatlah kebodohan orang yang berseluar koyak ini, apabila ditegur tentang keAIBan dirinya, dimarahi pula orang itu.

Salam Perjuangan,
Dr Fikrah
Kita Renungkan BerSama ye....

Friday, March 27, 2009


زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُونَ مِنَ الَّذِينَ آَمَنُوا وَالَّذِينَ اتَّقَوْا فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
 
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya) .
 
al Baqorah(212)
 
 
 
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ
يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ


 
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
 
Ash-Shura(19)

Monday, March 23, 2009

Tajul MuLuk (2)..

Rahsia Pada Bentuk Bibir Wanita

Wanita yang punya bibir segar dan kemerahan kesihatannya baik, pandai menjaga tubuh,bersifat periang dan fikiran terbuka, senang bergaul dengan sesiapa sahaja, manja dan penuh ghairah, ingin dibelai, biasanya merangsangkan.

Wanita yang bibirnya selalu terbuka amat kuat nafsu syahwatnya, suka bertukar pasangan, tapi berdisiplin dalam kerja, selalu dapat kejayaan, pandangan luas, optimis, mudah jatuh cinta dan tergila-gila.

Wanita yang tebal bibirnya pula sukakan kemesraan, suka kebebasan, berfikiran terbuka, gemar cakap soal cinta dan seks, dapat memberi kesenangan, suka mencemuh dan membuat malu, tidak suka berpura-pura, kuat meyimpan rahsia, kuat bersolek, kurang ambil berat pada suami, rumahtangga dan anak-anak.

Wanita yang bibirnya biru kata-katanya tidak dapat dipercayai, sering ingkar, tidak bertanggungjawab, cerewet dan selalu mahu bertengkar.

Wanita yang bibirnya nipis banyak cakap, suka bercakap ikut suka, membuat sesuatu perkara tanpa berfikir, degil, pandai merayu, kata-katanya menawan, pandai berpura, nafsu syahwatnya cukup besar, yakin kepada diri sendiri.

Wanita yang bibirnya kecil molek itu punya gaya lincah mempesona, bersifat keanakan, manja, selalu minta dibelai dan dilindungi, kalau tidak dapat yang dipinta, selalu buat kerenah, selalu bergantung, pendirian tidak tetap, was-was, mudah tergoda, boleh jadi ibu yang baik, sangat cerewet, nafsu syahwatnya cukup besar tetapi jarang puas, sikapnya terbuka.


Rahsia Pada Corak Biji Mata Hitam


Mungkin kita tidak sedar bahawa biji mata hitam wanita itu berbeza coraknya. Terdapat tiga corak kesemuanya iaitu Corak Sungai, Corak Bunga dan Corak Permata. Ada juga insan yang punya corak mata kombinasi dari tiga corak ini tapi jarang ditemui. Jika kita punyai corak mata tertentu, kita biasanya suka mencari pasangan yang lain corak matanya, tanpa kita sedari.

Biji mata hitam Corak Sungai itu bagaikan sungai yang mengalir ke arah luar dari tengah biji mata dalam keadaan berbaris-baris yang tersusun. Ianya dipunyai oleh wanita yang pendiam, yang suka menjauhkan diri dan sensitif. Wanita seperti ini akan dapat merasakan perubahan cuaca, atau perubahan dalam dirinya dan juga sensitif terhadap perasaan orang lain. Wanita seperti ini mudah tersinggung dan sukar berbohong kepadanya kerana dia boleh merasakan sejauh mana kebenarannya. Derianya yang paling tajam ialah sentuhan.

Biji mata hitam Corak Bunga pula adalah cantik sebagaimana kelopak-kelopak bunga mengelilingi tengah biji mata. lanya dipunyai oleh wanita yang mudah meluahkan kehendak emosinya. Dia akan cepat bertindak tanpa menunggu disuruh. Dia biasanya sensitif terhadap rupa sesuatu benda dan merasa tidak selesa apablia bekerja dalam suasana yang tidak menyenangkan penglihatannya. Derianya yang paling tajam ialah penglihatan.

Biji mata hitam Corak Permata pula seperti bintik-bintik warna yang gelap diletakkan di atas dulang baldu. la dipunyai oleh wanita yang suka bersendirian serta intelek. Dia akan bergantung kepada logik dan paling selesa bila dapat menapis idea-idea dalam fikirannya. Dia kelihatan tenang dan pendiam kerana dia merasa sukar untuk meluahkan emosinya. Dia juga mungkin akan menolak rasa hatinya. Derianya yang paling tajam ialah terhadap bunyi. Dia mungkin merasa terganggu oleh bunyi bising tapi selesa dengan bunyi yang perlahan. Bila dia belajar, dia mudah ingat hasil dari pendengaran.

Tajul MuLuk..

Mengenal Lelaki Dari Anggotanya

Anggota zahir lelaki dapat memberi gambaran terhadap sifat-sifat batiniahnya. Pengetahuan mengenai perkara ini telah bermula sejak dari zaman silam. Mengenal lelaki hasil melihat pada anggota tubuhnya ada dicatat di dalam kitab Tajul Muluk iaitu salah sebuah kitab mistik orang-orang Melayu zaman dahulu:

1. Kulit

Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya. Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah. Selain dari warna itu melambangkan kelakuannya baik.

2- Rambut

Jika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna. Kerinting tidak dapat dipercayai. Hitam berkilat tanda sempurna akal. Kerinting Iembut tanda pintar. Kerinting dan merah warnanya tanda tamak dan jahat. Kekuningan rambutnya tanda pemalas dan pemarah

3. Kepala

Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal. Sederhana tanda berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu dan kurang akalnya.

4. Dahi

Dahi yang luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sedang luasnya dan berkerut tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.

5. Mata

Mata yang jarang dikerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak dapat dipercayai, dan dia ingin harta orang lain. Mata yang merah tanda beraNI tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur. Mata yang kerap dikerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan. Mata biru keputihan tanda suka membuat jahat. Mata kekuningan keputihan tanda jahat dan suka menipu. Mata serupa mata Iembu dan merah serta selalu dikerdipkan tanda suka mencuri. Alis mata yang kusut tanda mungkir janji dan bodoh.

6. Hidung

Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Sangat mancung dan panjang tanda kurang akalnya. Hidung yang dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang tudung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hudung yang luas tanda dengki dan hidung tebal di tengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia paling jahat.

7. Mulut

Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut sederhana tanda sempurna akalnya.

8. Bibir

Bibir yang tebal tanda kurang akal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. tanda sihat. Bibir yang merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpenyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.

9. Gigi

Panjang dan besar-besar tanda pendusta. Sederhana tanda berakal. Besar dan jarang tidak dapat menyimpan rahsia. Tersusun rapat tanda jujur.

10. Dagu

Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya

11. Suara

Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tetapi kurang bijak.


12. Telinga

Telinga yang besar tanda berakal tetapi Iekas marah. Telinga kecil kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Cuping telinga yang lembut dan panjang tanda penyamun.

13. Bahu

Bahu besar tanda kurang akal tetapi berani. Bahu yang singkat tanda suka mengerjakan pekerjaan jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat berjima’.


I4. Belakang

Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bonngkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.


15. Muka

Muka bujur tanda baik. Sangat bujur tanda jahat. Bundar tanda perangainya baik. Sederhana tanda pemalu.


16. Leher

Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit. Leher besar tanda suka berolok-dok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.


17. Dada

Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang ditumbuhi bulu kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat.


18. Lidah

Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.


19. Lengan

Lengan yang panjang hingga ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tetapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.


20. Tapak Tangan

Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.


21. Jari

Jari yang panjang dan besar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari

yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.

22. Perut

Perut yang besar tanda tidak malu dan penyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.


23. Pinggang


Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada tiada berdaging tanda keras hati dan takbur.


24. Betis

Betis yang sederhana tanda sihat. Betis yang sangat kecil tanda kurang akal dan bebal.


25. Kaki

Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik. Kaki yang besar tanda bodoh.


26. Tumit

Tumit yang besar tanda sihat. Tumit yang sederhana suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.


27. Langkah.

Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaannya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.


Demikian mengenai mengenal lelaki menerusi bentuk anggota tubuhnya, yang mana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikkan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu dalam banyak aspek pergaulan.

Walau bagaimana pun ini cuma merupakan falsah-falsah yang umum. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu diketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang lelaki.

Saturday, March 21, 2009

Doa di PerCepatkan JodohNya...

SALAM BUAT SAHABAT2 YANG MASIH BUJANG,
Jom Kongsi Bersama DOA  ini....
    
 
.ربنا هب لنا من أزواجنا و ذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

 
Robbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrata a'yun waj'alna lil muttaqina imama

  • buat solat hajat 2 rakaat tiap2 malam baca ayat ini (doa di atas) selepas fatihah 11 kali setiap rakaat
  • lepas habis solat wiridkan doa ini 40 kali barulah doa seperti biasa

Friday, March 20, 2009

HAKIKAT PERNIKAHAN.. .

Jom kongsi bersama artikel nih yaaaa.....


 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan,
hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita
lihat....dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin
bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di
SEX party.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar
jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari
jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari
alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari
jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak
tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia
yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya
ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH
mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.


PETUA NAK BERTAHAN LAMA DI ALAM RUMAHTANGGA



>> artikel dipetik dr forum SIM... mari kite berkongsi bersama yee


1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki
mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.


4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.


5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.


7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.


8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.


9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan,busuk, pengotor, selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.


10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.


15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.


16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.


17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.


18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci. Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian

Tips Mencari Pasangan Terbaik

 
Sebelum hubungan cinta pergi lebih jauh, renungkan perkara berikut.

ANDA sedang menyukai seseorang? Anda tahu si dia juga turut menaruh perasaan terhadap diri anda yang selama ini menjadi perhatiannya. Dalam perhubungan ada kalanya perbuatan, sikap mahupun kata-kata yang sering membuat anda terluka, tersinggung, terhiris atau perkara yang boleh menarik rasa benci. Oleh itu, hubungan yang sepatutnya mampu pergi jauh sering terhalang di tengah jalan sehingga perasaan yang pernah wujud di sudut hati terhakis tiba-tiba.

Lelaki harus merenung kesilapan diri atau ada sesuatu yang pernah membuat teman wanita terluka. Cuba semak perbuatan atau kata-kata anda yang membangkit rasa terkilan, marah atau geram si dia sehingga segalanya bagaikan ternoktah! Sebagai seorang perempuan pula, anda juga harus tetapkan ciri tertentu dalam mencari pasangan terbaik.

Renunglah perkara berikut jika ada sesuatu yang boleh diteladani.

* Dia asyik merenung dada dan punggung anda lebih daripada 10 kali setiap 10 minit.

* Daripada ceritanya kepada anda, jelas dia kaki joli dan kaki makan angin. Sudahlah begitu, daripada banyak tempat pelancongan dan percutian di dunia katanya, dia paling suka ke Thailand.

* Apabila dia beritahu anda, isterinya tidak pernah memahaminya atau tidak pernah menjaga kebajikannya dan tidak pernah menghargainya sebagai suami, rupa-rupanya si isteri sedang sarat mengandung - anak ke sembilan!

* Anda perasan biji matanya macam hendak terjojol keluar apabila melihat semua wanita cantik, manis atau seksi, tidak keterlaluan jika dikatakan dia memang seorang yang me nyakitkan dan tidak tahu menjaga perasaan.

* Dia mula menceritakan kesempitan wang dan menagih simpati anda supaya membantunya. Awas! Lelaki sebegini akan menjadikan anda mesin ATMnya!

* Tangannya mula miang-miang mahu pegang tangan dan pinggang anda walaupun baru satu jam anda berkenalan dengannya.

* Dia beritahu yang dia sebenarnya, bukannya ada hati dan hendak sangat bertemu janji dengan anda tetapi buat juga kerana kasihan sedangkan anda yang beria-ia sangat mahu menemuinya.

* Kawan-kawan anda yang mengenalinya memberitahu, dia menghidap penyakit kelamin kronik.

* Dia langsung tidak beri peluang anda bercerita mengenai diri anda ataupun keluarga kerana dia rasa cerita mengenai keluarganya lebih menarik dan penting.

* Apabila anda pesan minuman ringan, dia pula memesan minuman beralkohol. Tentunya lelaki sebegitu kurang sesuai sebagai Muslim.

* Apabila bercakap, kata-katanya umpama tin kosong konon bapanya saudagar minyak dan datuknya orang paling kaya di Sarawak tetapi bila bil makan sampai, dia buat tidak tahu saja. Anda juga yang terkorek-korek mencari duit dalam tas tangan.

* Dia beritahu yang hatinya sangat terluka dan dia masih lagi bersedih kerana putus cinta dengan gadis hamil anak luar nikahnya. Apakah anda terus membuang masa bersamanya? Kalau anda seorang rasional, mengapa masih terus mahu bersama dirinya?

* Dia kata yang dia impikan seorang isteri yang taat setia dan rela menjadi suri rumah sepenuh masa. Tetapi daripada apa yang anda faham dia sebenarnya mahu mencari tukang masak, tukang cuci, tukang kemas, tukang gosok, tukang picit atau tukang sental, pendek kata semuanya tukang-tukang yang hebat.

Masihkah anda menyimpan hati pada lelaki sedemikian? Tidak salah sekiranya anda bertindak awal meninggalkannya tanpa ucapan.

Semoga bermanafaat.

4 PERKARA UNTUK SIHAT


Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
Langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
Terjaga untuk solat malam...

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
Makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini Kepada Saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi Amalan kepada Kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang Berkekalan bagi Orang yang mengamalkannya.

5 Perkara

مسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل
1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak

3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang lena tanpa gangguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
:
kata nabi saw

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat



Thursday, March 19, 2009

Keluasan Api Neraka...

>> jom kongsi artikel ni...



KELUASAN API NERAKA...... ......... ......... ..



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s. a. w.:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.



"Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.

"Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantungdi antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.



Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atasbukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.



Api nerakaitu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu- pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehinggaJibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudiannabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuksembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bilasembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.



Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allahdan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A,
Rasulullah S. A. W bersabda:"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."Sesungguhnya Ilmu itu akan membakar kamu jika tidak disebarkan." .

Wednesday, March 18, 2009

Syaitan!!??

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
-cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
-bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
-Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
-Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
-Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
-Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
-Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
-Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal
(dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Tuesday, March 17, 2009

Gigi saya sakit



Dr aritu lg gigi ni sakit... tapi bru pg td g klinik ..
klu xsakit mmg xgi la klinik 2.. xsuke.. hahha3
sampi2 jer tadi dapt gilirin no 2.. heheh.. xyah tgu lame3
dah lame x gi cek gigi.. takot lak rase.. nurse yg btugas
tu dah lame keje bahgian gigi cz dr aku sekolah rendah
sampi skrg dia still... td sempt borak gan nurse 2...
dia kata nex yer baru pencen... heheh..

adoi.. Sakit woo td kene cuci gigi.... rupenya plak yg membuat
gigi aku sakit.. Doc. kata gigi elok jer.. cume ade plak gigi..
plak gigi terjadi bile kite berus gg x betol... adoi....

time dia buang plak gg 2... rase darah bnyak kuar woo..
menahan sakit tu... alahaii..... dah sudah buang plak 2 doc.
pon suh besih kan mulut dgn kumur air... sekali kumue tgk3
darah jer... yaallah taime tu takot jer tgk... sakit pon rase lg taw...
cepat g. toilet bersih kan lg... kat muke3 aku pon kene...

balik jer uma aku kumur3 dgn air garam.... pedih jer rase...
pastu aku tewos g keje.. arini masuk lmbt cikit...
Gigi xplak rase sakit cume xselesa jek.... rase kasar jer kat blkg gg tu..
alahai....lg satu gigi bongsu aku bru nak tumbuh,,, pehh mmg sakit...
rase cam nak demam jerk... tp xper.. dugaan... heheh23

apepon, kite jage kesihatan gigi kite yer..hehehe2
k,la jumpe lain kali...
tata..........

Ciri-Ciri Pasangan Sejati

Duk2 baca emil terbaca plak artikel pasl ni..
so mari kite kongsi bersama ye3.. =)


Tajuk : Ciri-Ciri Pasangan Sejati
oleh : AbuJihad
Oleh : Lutfi


1. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.


2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.


5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi


Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.


Saturday, March 14, 2009

BeSt FreN..♥♥

A good friend is always kind,
Should always speak their mind,
Their compassion should never end,
That's what it takes to be a good friend.
A good friend is there for you,
They are real, they are true- blue,
Their compassion should never end,
That's what it takes to be a good friend.
A good friend will be there when you marry,
A heart full of memories, they will carry,
Their compassion should never end,
That's what it takes to be a good friend.
They'll be there if your mother dies,
They'll weep with you when you cry,
Their compassion should never end,
That's what it takes to be a good friend.
If a good friend you do find,
Make sure they treat you kind,
Understanding they shouldn't lack,
And they would never stab you in the back,
On top of everything always remember,
A best friend is forever...♥♥

Afgan - PadaMu KuBersuJud..




Kita hayati bit2 lagu Ni.. MeresaP dm Hati... sob3..


Afgan -

PadaMu KuBersuJud..


ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-
Mu Ya Allah..


* esok ataukah nanti ampuni
semua salahku lindungi aku
dari segala fitnah

reff:

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku
selamanyahamba-Mu yang
slalu bertakwa....


ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-
Musaat Kau limpahkan karunia-
Mudalam sunyi aku bersujud
pada-MU ..
...

♥InGatLaH Org Yg TerSayaNg♥



"kita xkan boleh hidup sorang-sorang. Just orang tertekan je yang boleh hidup sorang2 dlm dunia Ni,kita hanya menumpang sahaja di muka bumi ini.. S0.....hargailah mereka di sekeliling kita selagi mereka masih ada. sayangi mereka selagi ada waktu. hargai mereka..ingat lah orang TERSAYANG....♥♥"


[82] إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ


Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.


[83] فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ


Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan

Thursday, March 12, 2009

Di Usia Baru..

Hari ni genap umo aku 23 th.. heheh.. mcm xcaya jer kan2..
1st yg wish member baik aku... siap mms menyayi lg tu..
ihiks3 pastu org tesayg call.. ecewahh...(sebak wooo dia wish besday..)
lame xjumpe dia rindu sgt3.... uh! alamak nak tenagis plak.. adoihh!!

di usia baru ni aku harap pejalanan hidup aku dipermudah kan dan di
rahmati oleh NYA... serta rezeki aku di perbnyakan3..... ihik3..
sedih lak rase sambut besday kali ni.... tp xsambut pon... teria wish dr
org3 terdekat je.,

apepon aku tetap bersyukur sehingga kini aku dapt hidup dan bernafas.
sambut atau tidak xpenting bg aku.... yg penting kita muasabah diri
ingt sape diri kita sebnr... mage kehidupan aku disulami kebahgaian..
amin....

-aainies-