Wednesday, September 19, 2012

TIPS PERANCANGAN PERKAHWINAN




TIPS PERANCANGAN PERKAHWINAN
Untuk memudahkan bakal pengantin membuat persiapan,perlu ada perancangan yang teliti dan rapi agar majlis dapat berlansung dengan lancar, Di sini Andaman Qaseh paparkan panduan yang mudah untuk bakal mempelai membuat perancangan majlis perkahwinan mereka.

12 BULAN SEBELUM
* Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu nikah.
* Mengatur bajek yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
* Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel,dewan atau rumah.
* Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau buffet.

11 BULAN SEBELUM
* Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
* Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan.
* Mengintai-intai pakaian perkahwinan.
* Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dan lain-lain.

10 BULAN SEBELUM
* Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara.
* Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis.
* Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajek.

9 BULAN SEBELUM
* Mengumpul nama tetamu.
* Pilih katering atau masak sendiri, Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakan kesulitan di masa akan datang.
* Pilihan jurufoto & juruvideo.

8 BULAN SEBELUM
* Menempah lokasi dan tarikh majlis, (Khusus untuk dewan & hotel)
* Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir.

7 BULAN SEBELUM
* Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori.
* Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin.
* Memilih jurusolek.

6 BULAN SEBELUM
* Mula menempah kad perkahwinan.
* Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam.
* Menjalani ujian darah/HIV.

5 BULAN SEBELUM
* Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit,menyedang pakaian)
* Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan,kek pengantin,bunga pegang, penghias majlis)
* Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri.

4 BULAN SEBELUM
* Pilih cincin kahwin.
* Menyiapkan gubahan hantaran(sama ada membuat sendiri atau menempah)

3 BULAN SEBELUM
* Memastikan kelengkapan P.A sistem lengkap seperti deejay, iringan lagu dan sebagainya.
* Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.

2 BULAN SEBELUM
* Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu.
* Bersama bakal pasangan menyedang pakian supaya nampak anggun di hari bersejarah.
* Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan)

SEBULAN SEBELUM
* Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu,sauna)
* Pastikan cincin dalam ukuran yang betul.
* Pastikan segala tempahan pelamin, juru solek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar.
* Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara dan kasut.
* Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda.Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik.

3 MINGGU SEBELUM MAJLIS BERLANSUNG
* Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.
* Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis.

SEMINGGU SEBELUM.
* Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan.
* Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
* Hindari konflik, tenangkan hati.

DI HARI PERKAHWINAN.
* Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
* Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari.
* Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.


-Catitan semula dari Majalah Pengantin- 









Thursday, March 08, 2012

Tentang Wanita Solehah


Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)


“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehahkelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Wanita Itu Cantik & Istimewa


Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.
Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.
Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi,
” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” 
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain.
Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.
Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi.
Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?