Saturday, February 20, 2010

BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM ...

BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM ......adalah sangat singkat namun kadangkala
sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan:







Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM sebanyak 21 kali


sebelum tidur maka:






1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.


2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.


3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.


4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..






Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM


setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci


pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai


pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.


Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM pada saat akan melakukan


sebarang aktiviti.






Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya


terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu


ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai


isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik.."






Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan


BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan


BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan


BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan


BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM.






Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang


suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.


Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada


isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.






Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan


BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan


emas tersebut.. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air


laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.






Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya


kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah


itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang


emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk


mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM.






Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat


BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya


iaitu:






Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM ketika kita akan


mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun


yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak


digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita


menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak


nyaman.. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab


ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan


oleh makhluk lain dengan cara mereka.






Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita


(pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari


olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan


fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini


benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri


untuk membacanya.






Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita


peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dalam melakukan aktiviti


kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat


membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANI RRAHIM dalam


melakukan aktiviti kita sehari-hari.

Friday, February 19, 2010

PunCa IsterI HiLaNg HormaT Pd SuaMi




Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga, maka wajar sekali dia dihormati. Malah Islam sendiri mewajibkan seorang isteri menghormati dan mendahului suami dalam segala hal, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Namun begitu, tatkala ini, telah banyak perkara yang sebaliknya pula berlaku, iaitu isteri hilang rasa hormat pada suami.

Jika isteri dahulu tunduk kepada segala kata-kata suami, kini sudah ramai isteri yang besar kepala, malah berani pula melawan kata-kata suami, ibarat lupa bahawa syurga seorang isteri itu bila suaminya redha kepadanya. Tidak dinafikan terdapat isteri yang secara terang-terangan menunjukkan sikap tidak hormat pada suami. Mengapakah perkara sebegini berlaku? Mari kita lihat punca-punca yang boleh dikaitkan kepada permasalahan ini.
1. Tingkah laku suami

Antaranya rasa hormat terhadap pasangan sebenarnya boleh hilang gara-gara tingkah laku suami tidak sesuai dengan keinginan isteri. Mungkin kerana isteri menganggap suami telah melanggar prinsip-prinsip yang selama ini dipegang teguh. Ia mungkin boleh jadi hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja, namun kerana telah melanggar prinsip, maka rasa hormat makin kurang terutama jika ia dilakukan berkali-kali.

Sebagai contoh, suami sering kali tidak menepati janji ataupun terlalu kerap berbohong. Tindakan yang sama dan asyik diulang-ulang akan menyebabkan seorang isteri hilang kesabaran dan benih-benih tidak hormat mula terbit dalam hatinya. Ditambah pula dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memporak-perandakan perhubungan 
suami isteri, isteri mula termakan hasutan syaitan.
2. Standard tidak realistik

Penyebab lain lunturnya sikap hormat terhadap suami adalah kerana kecenderungan isteri menilai suami pada standard yang tidak realistik. Sebagai contoh, si isteri membandingkan suaminya dengan tokoh lelaki yang dihormatinya. Mereka mengharapkan si suami berkelakuan seperti tokoh ataupun idolanya tanpa menyedari bahawa suaminya adalah seorang insan yang cukup berbeza daripada apa yang diharapkannya. Inilah yang boleh menyebabkan punca berlakunya pertengkaran. Mereka bertengkar kerana suami tidak berkelakuan 
seperti yang diharapkan.
3. Tidak menghargai isteri

Selain itu, sikap suami yang tidak menghargai isteri juga boleh menjadi punca isteri hilang rasa hormat. Sebagai contoh, suami tidak menghargai susah payah isteri bekerja mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Malah suami memandang remeh tentang kerja 
yang dilakukan olehisterinya.

Keadaan sebegini lama kelamaan boleh menyimpan rasa sakit hati kerana suami tidak menghargai apa yang dilakukan oleh isteri. Perasaan marah dan sakit hati akan menciptakan suasana yang sangat tidak menyenangkan dalam perkahwinan. Apa yang dilakukan oleh suami akan dilihat tidak bererti lagi. Pada tahap ini, sikap saling menghargai sudah mula luntur dengan cepat sehingga membahayakan semua struktur perkahwinan.
Petanda

Ada beberapa petanda yang boleh memberi petunjuk bahawa rasa hormat terhadap pasangan sudah mula pudar. Petunjuk itu antaranya adalah :
  • Seorang isteri mula memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana itulah tanda awal yang paling mudah dikenali.
  • Sering berjenaka atau mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami.
  • Mula bersikap kasar terhadap suami, seriring dengan yang mulai hilang, isteri juga jadi malas untuk bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami.
  • Cara isteri mendengar cerita dan keluh kesah suami mula berubah. Ada empat tahap mendengar iaitu mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu tinggi.

Menilai diri

Jika suami merasakan isteri sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami, maka sudah tiba masanya anda menilai akauntabiliti sebagai pemimpin rumahtangga yang layak dihormati. Mungkin anda tidak menunaikan hak-hak isteri, maka sudah tentulah rasa hormat itu akan kikis sedikit demi sedikit.

Jika isteri pula sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami dalam diri, maka sebaiknya anda patut mula mengamati apakah penyebabnya. Mungkin ia kerana suami anda memang ego, sombong mahupun tidak matang.

Namun begitu, anda sendiri sebagai isteri, seharusnya mula menilai diri. Antaranya dengan bertanyakan pada diri anda sendiri persoalan “adakah anda menghargai diri anda sendiri?” Jika anda tidak menghargai diri anda sendiri, bagaimana anda mahu menghargai orang lain? Kedua, tanyakan apakah anda bersungguh-sungguh tidak menghargai suami? Dan akhir sekali, tanyakan pada diri anda, dapatkah hati anda menerima hakikat bahawa suami anda tidak menghormati anda?

Sekiranya rasa hormat sudah semakin hilang, maka untuk membangunkannya kembali memang bukan sesuatu yang mudah. Boleh jadi sikap tidak menghargai pasangan ini sudah tertanam sejak kecil lagi kerana menuruti sikap orang tua yang suka mengkritik dan tidak menghargai pasangan. Apa yang dilihat sekian lama akan diikuti bila anak sudah berumahtangga.

Sebenarnya jika anda sukar menghargai suami, ada kemungkinan anda memang tidak mampu menghargai 
orang lain yang ada di persekitaran anda. Perasaan terluka atau sakit hati kerana sikap suami membutakan mata dan hati anda sehingga tidak dapat melihat perkara yang baik atau positif yang dilakukan oleh suami dan wajar dihargai.

Bila hilang rasa hormat sudah mencapai tahap ini, maka sering kali yang terlintas di fikiran anda adalah perpisahan atau cerai. Kalau ini yang sedang bermain dalam fikiran anda, maka fikir dulu sedalam-dalamnya. Anda masih punya peluang untuk memperbaiki hubungan dengan suami. Mulakannya dengan membincangkan masalah ini dengannya. Kalau perlu, buat satu senarai yang seharusnya 
anda lakukan dan perkara yang perlu anda hindarkan.

Memang diakui, membicarakan masalah sebegini dengan pasangan agak sukar, tetapi jika anda masih sayangkan suami dan rumahtangga yang anda bina, maka ungkapkanlah segalanya dengan perasaan jujur dan lembut. Jauhkan dari sindiran atau ucapan sinis kerana ia boleh membuat suasana semakin tegang.

Renung-renungkan…

Saturday, February 13, 2010

Hikmah Air Mata




 
 
Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki?
Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.
Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.
Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan  dengan diiringi suara yang dapat didengar  sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.
Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi)dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas  atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”
Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.
Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa
Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kinidari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.
Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti
Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa
Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat  daripada lelaki
Air mata yang termahal siapa yang punya?
  1. Ibu
  2. Ayah
  3. Remaja
  4. Orang yang dizalim
Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof

Thursday, February 11, 2010

Cium anak pun boleh dapat pahala




Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.


Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah
dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan
tidak diseksa di Akhirat kelak.


Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa
memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang
dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut
diperolehinya.


Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.�
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..�


Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia
memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat
berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? �
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.�
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.�
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.�

Wednesday, February 10, 2010

SAyanGi dan BerSyukUr Dgn KehaDiraN seOraNg Yg BerNama SUAMI



 SUATU PERJALANAN 

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.” 

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud: 

 
“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan.

frm My Mailbox

Tuesday, February 09, 2010

Tazkirah





Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SA.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis.. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?" 


Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan 
Abu Bakar r..a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." 

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada  pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?" 

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." 

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, 
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai 
hari kiamat." 
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang 
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya". 

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN2 MU, 
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah 


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 

1.     
  Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang 
     sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku 
     bersih." 

2.     
Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini 
     merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- 
     ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan 
     semua perkara kebaikan. 

3     Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan 
     menenangkan minda. 

4     Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, 
     penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" 
     sebanyak 3X. 

5.     
  Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu 
     sebutkan. 

6.     Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk 
     diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku 
     sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka). 

7.     Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, 
     senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci 
     hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." 
     Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan 
     sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).. 

8.     Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 
     kejahatan. 

9.       Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, 
     tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).. 

10.    Kekalkan wuduk. 


 
11.    Bersedekah. 

12.    Belanja orang makan. 

13.   Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak). 

14.   Berkawan dengan ulama. 

15.   Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) . 

16.   Pesan pada orang, jadi baik. 

17.   Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat. 


"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat." 

Tuesday, February 02, 2010

Menarik utk dibaca


Email dari seorang sahabat kepada saya........ .......

“Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta,
pada suatu saat akan bertemu jua…
 cinta sejati yang ditunggunya!”

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga, “sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan Rasulullah SAW?

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali. (Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.  

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimeterai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah.. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah firman Allah ini:
“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.” Al Baqarah.

Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

         Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.” Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”

         Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!”  Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

         Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

         Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati. Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata,mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

         Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).

Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

         Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

         Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan‘frust’ berkali-kali. 

Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer’  atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.   

Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women)  Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi.  Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.

Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.

Abu misalnya, akan sentiasa ‘pokai’ setiap pertengahan bulan dan sentiasa merungut duitnya tidak cukup. Minah, sudah lima kali ditinggalkan kekasih dan mengeluh tidak ada lelaki yang benar-benar memahami perasaannya.  Joe, telah tujuh kali jatuh motor dan marah-marah tentang nasib malang yang selalu menimpanya. Kenapa aku yang kena?

Bedah sebaliknya tidak seperti Minah, dia telahpun bertunang dengan lelaki yang pertama dikenalinya? Manakala Samad, cuma sekali sahaja jatuh motor dalam hidupnya dan sekarang sedang selesa memandu Perodua yang baru dibelinya… Apakah yang menyebabkan keadaan atau nasib mereka berbeza?

Bezanya ialah ada diantara kita yang cepat belajar dengan hidup tetapi ada yang lambat belajar. Yang belajar, akan ‘naik kelas’ dan layak untuk mengambil mata pelajaran yang baru. Yang tidak belajar, terpaksa mengambil mata pelajaran yang sama berkali-kali.

Abu, contoh kita tadi, tidak pernah belajar bagaimana mengurangkan perbelanjaan berbanding pendapatan… dan dia akan mengalami masalah yang sama walaupun kiranya nanti ia menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar. Manakala Minah, tidak cuba mengenali kelemahan dirinya sendiri sebagai seorang wanita justeru tanggapannya bahawa ramai lelaki tidak setia.

Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.”Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajara n yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru   hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.

 Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata,  “we cannot direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir  yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.  

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!          

Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!