Ketawa PenGubaT Duka
1. SALAH PESAWAT
Di lapangan terbang di Bandaraya New York... Ada sebuah pesawat yg hdk blps tlh mngalami kerosakan enjin. Semua penumpang dikehendaki menukar pesawat...
Setelah berada di dalam pesawat baru... Kaptennya m'buat pengumuman... "Kami mohon maaf atas masalah yg anda alami ketika ini.. Penerbangan ini menuju ke London dan jika anda bukan ke London sebaiknya anda turun dari pesawat ini sekarang juga."
Tiba-tiba 'pilot' keluar dari kokpit dengan muka merah dan kebingungan sambil berkata, "Maaf... Saya salah pesawat"..
2. SI CANTIK & BUKU TELEFONSeorang gadis cantik menghampiri meja pengawas perpustakaan di Sebuah Perpustakaan Umum. "Minggu lepas saya meminjam sebuha buku, tapi itu adalah buku yang paling membosankan dalam banyak buku yang pernah saya baca sebelum ini. Tidak ada cerita sama sekali... juga terlalu banyak watak di dalamnya.. pelik sungguh!"
Pengawas perpustakaan menyahut... "Oh, pasti andalah orangnya yang telah mengambil buku telefon kami."
3. PROFESOR PELUPA & NYANYUK
Seorang profesor yang pelupa dan nyanyuk pulang lambat. Ketika hendak membuka pintu, dia sedar dia tidak membawa kunci rumah. Dia mengetuk pintu rumahnya hingga isterinya terbangun dan membuka pintu. Kerana kegelapan, si isteri tidak dapat mengenali profesor itu adalah suaminya. Lalu si isteri berkata, "Maaf Encik... Profesor belum balik... Dia tidak ada di rumah." Profesor pelupa itu menjawab, "Oh!... takpe lah, kalau begitu saya akan datang semula esok. Terima kasih puan!"
4. AMBIL KESEMPATANJoyah mempunyai 3 orang anak yang hiperaktif. Suatu pagi dia bermain "Polis dan Penjahat" bersama anak-anaknya. Seorang anaknya menembak Joyah dan berteriak, "Bang! mama mati."
Joyah terhempas ke tanah dan dia tidak segera bangun. Seorang jirannya yang kebetulan melihat kejadian itu segera berlari mendekati Joyah untuk melihat apakah dia mengalami kecederaan ketika jatuh tadi. Ketika jirannya membongkokkan badannya, Joyah yang keletihan ini membuka salah satu matanya dan berkata,
"Shhh. Saya tak apa-apa... Tidak usah pedulikan saya. Ini satu-satunya kesempatan saya untuk beristirahat sejenak sepanjang hari ini."
Comments