Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Manusia yangpalingdikasihi Allah ialahorangyang memberi manfaat kepadaoranglain dan amalan yangpalingdisukai oleh Allah ialah
menggembirakan hatiorang-orangIslam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau
menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makanorangyang lapar. Perjalanankubersamasaudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih
aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan
sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya
Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa
yang berjalanbersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat
saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan
kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk
akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”(Hadith Riwayat
ibnu Abid-Dunya) Huraian Hadith
Berbuat baik dan memberi keselesaan kepadaoranglain akan
diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala,
kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Semua ini akan dapat
dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya
sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan
kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya denganoranglain serta
masyarakat di sekelilingnya.
Demikian juga kita digalakkan agar jangan membalas kejahatanoranglain dengan
kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang
menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah
dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan
kejahatan yang melanda.
Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus
dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah
dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah
dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan
oleh seseorang itu.
Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya
iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.
Comments