Bila Azan Berkumandang....

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! 

ADAB MENDENGAR AZAN 

Kematian itu pasti menjelma. Hanya
 masa Dan waktunya 
Yang tidak Kita ketahui.Coba Kita amati.. Mengapa 
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat 
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik 
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' . 
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah 
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah 
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' 
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan 
Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan 
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib 
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu 
Kebangsaan
 Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. 
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? 
Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah 
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan 
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita 
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang 
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika 
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan 
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama 
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah 
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian 
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' 
semasa sakaratul maut
 menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .' 

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini. 
Subhanallah. .. 

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan, 

mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah, 
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul
 Allah.'Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah 
penduduknya sebanyak 180 juta.

Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan 
Ke-Agungan Allah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. 

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . 

Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belum alunan 
Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .

Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta, 
tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India . 

Perbedaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini, 

Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir 
di-Pakistan, 

Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbedaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. 

Dalam jangka waktu 
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq . 

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik 
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh
 berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. 

Ini berterusan 
bagi setiap waktu sembahyang
, tidak putus-putus. 

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! 

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pengeras suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar! 





Comments

Popular Posts