wanita2 MalaNg
'Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.'
- Wanita Ananah :
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
- Wanita Mananah :
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, 'Aku membuat itu keranamu'.
- Wanita Hananah :
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
- Wanita Hadaqah :
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
- Wanita Baraqah :
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
- Wanita Syadaqah :
banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Comments