Monday, April 13, 2009

Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang



Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang


1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang
diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis
atau keuzuran

2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud

3. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang
Maha Melihat setiap gerak-geri kita

4. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota
badan dalam sembahyang

5. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin

6. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang

7. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir
dan tasbih

8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota
yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut

9. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa
bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir

10. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang
sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu

11. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal
serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat

12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik
pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu

13. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah
sembahyang yang terakhir dalam hidupnya

14. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan
Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya

15. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan
tasbih
Post a Comment